Wednesday, November 19, 2008

KAK JUNE BAHULU


"KAK JUNE BAHULU" merupakan salah seorang dari ahli Kelab Usahawan Sosial PID Beranang. Ianya dimiliki oleh Pn. Junaidah bte Hj. Sulaiman, beliau berasal dari Beranang dan sekarang menetap di Cheras. Biarpun menetap di Cheras, namun ianya tidak menjadi halangan kepada beliau untuk berulang alik ke Beranang ini menguruskan perniagaannya. Pn. June memulakan menjual kuih bahulu sejak 9 tahun yang lalu. Namun beliau mula berniaga dikedai ini sejak 4 tahun kebelakangan ini. Bermula operasi dirumah dengan bermodalkan RM200.00 beliau hanya menerima tempahan untuk hari perayaan sahaja. Hasil dari simpanan jualan kuih bahulu tersebut, beliau akhirnya berjaya menyewa kedai dan bermodalkan RM2000.00 untuk membeli peralatan.Pada tahun lepas beliau telah dikunjungi oleh wakil dr IKS dan pihak IKS telah menyumbangkan beliau sebuah ketuhar yang besar dan sebuah mesin pembancuh bagi membantu mengembangkan perniagaan beliau. Sekarang ini Pn. June bukan sahaja membuat kuih bahulu malahan turut membuat Kuih Bakar, Biskut Bangkit dan pelbagai jenis biskut lagi. Beliau menerima tempahan untuk majlis perkahwinan, kenduri, jamuan makan, hamper, perayaan dan juga penggemar kuih bahulu. Beliau sangat menjaga kualiti kuih beliau bagi memberi kepuasan kepada pelanggan beliau. Sebarang tempahan bolehlah menghubungi

KAK JUNE BAHULU
Tel : +6012-2746105



atau melalui Kelab Usahawan Sosial PID


Tel : +603-87660780

1 comment:

aimanasyra said...

semoga perniagaan bertambah maju
inshaallah