Kelab Usahawan Sosial PID Beranang ingin memperkenalkan salah seorang ahli KUS iaitu pengusaha batik " MY Batik Beranang" En. Zamri dan juga isteri beliau Pn. Mazaini. Pengusahaan batik ini telah dimulakan pada tahun 2007 dan ianya beroperasi dirumah mereka. Setakat ini mereka mempunyai lebih kurang 4 orang pekerja yang terdiri dari saudara mara mereka. My Batik Beranang telah dikenali kerana kesenian kan kehalusan seni lukisan batik yang dipaparkan pada setiap hasil kerja mereka.My Batik Beranang bukan sahaja menerima kunjungan daripada penduduk setempat dan di Malaysia sahaja tetapi turut menerima kunjungan dari pelancong dari Thailand, New Zealand, Indonesia dan sebagainya My Batik Beranang turut memasarkan produk mereka ke Pusat Kraf Malaysia, Arkid UKM dan sebagainya.Mempunyai kualiti yang bagus, kesenian yang tinggi dan harga yang berpatutan menyebabkan ianya menjadi tarikan pelancong-pelancong dan penduduk tempatan. Sekiranya anda ingin membuat tempahan Batik bolehlah menghubungi PID Beranang
Berakhir Sudah
12 years ago
5 comments:
semoga maju jaya perusaha batik di beranang..hidup beranang
insyaallah saya akan buat kajian produk tempatan malaysia di MY BATIK beranang :)
Stedy cendoi...setelah 10 tahun
Stedy terosss
masih beroperasi atau buka lagi ke batik ni?
Post a Comment